KERTAS KERJA 

 

 

CADANGAN PENGAMBILAN BALIK TANAH SELUAS 4.4 EKAR DI SEBAHAGIAN LOT 1649, NO. GM 1515 , MUKIM PASIR GENDA, DAERAH DAN JAJAHAN TANAH MERAH, KELANTAN

 

 

CADANGAN PEMBANGUNAN MASJID DAN

PUSAT PENGAJIAN ILMU-ILMU AL-QURAN

DI SEBAHAGIAN LOT 1649, GM 1515,

KAMPUNG CHAWAS, 17500 TANAH MERAH KELANTAN DARULNAIM

 

PEMAJU/PENGURUS PROJEK:

Jawatankuasa Pembangunan Masjid Dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran

Kompleks Merah Al Munawarah Sdn Bhd (1167193 M)
 
Lot 4894, Kampung Chawas, 17500 Tanah Merah Kelantan
HP: 013-388 2787

DISEDIAKAN OLEH:

Jawatankuasa Pembangunan 

KOMPLEKS MERAH AL MUNAWARAH SDN BHD (1167193 M)

email address: masjidmerah@gmail.com

Website: www.masjidmerah.net

 

 24hb Januari 2013

12 Rabiul-Awal 1434 Hijrah

 

 

 

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam

Khutbah ini disampaikan pada 9hb Zulhijjah, tahun 10 Hijriah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputusasa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dengan penuh kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari nanti untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan ku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU”.

 

 

 

 

 

i

 

 

KATA-KATA ALUAN PENAUNG/PENASIHAT

 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Segala puji tertentu bagi ALLAH Subhanahu Wata’ala yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi Nya (pula) segala puji di akhirat, dan Dialah saja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan Nya.

Selawat dan kesejahteraan ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, semulia-mulia kejadian. Demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas sekalian para tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan. Semoga memperoleh ihsan daripada ALLAH Subhanahu Wata’ala sehingga ke hari kebangkitan.

Hamba-Mu ini, dengan hati yang tulus, menzahirkan setulus kalam dari pancaran hati, kalimah kesyukuran yang setinggi-tingginya atas anugerah rahmat dari Mu jua Ya ALLAH, dengan rasa rendah hati dan segala kerendahan sifat, kelemahan kudrat dan kewangan, hamba-Mu mohon mendapat petunjuk dan panduan dari Mu jua bagi menyempurnakan satu tanggung jawab untuk membangunkan Masjid Dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran ini.

Semoga dengan terbinanya masjid dan pusat ilmu ini, kita semua dapat  menyempurnakan amanah dengan memastikan kesucian Islam tidak ternoda, syiar Islam terus dikembangkan dan umat Islam dilindungi dari penyerapan fahaman lain hingga boleh dimurtadkan dan juga kita dapat mempertahankan agama Islam dan penganutnya dari dipengaruhi unsur-unsur agama lain. Kita juga berharap semoga dapat memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh kita semua.

Semoga masjid dan pusat ilmu ini menjadi pusat penyebaran Islam yang terulung di Malaysia suatu masa nanti. Kita juga berharap ianya bebas dan bersih dari sebarang pengaruh, campur tangan dan penglibatan politik kepartian sempit serta memastikan jawatan kuasa masjid yang dilantik tidak disertai oleh individu yang aktif dalam parti politik melainkan yang diperkenankan oleh Raja Pemerintah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad ke-V atau YTM Tengku Mahkota Kelantan, selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan atau dilantik atas jawatan bagi mewakili Pihak Berkuasa Negeri.

Saya juga menyeru kepada semua pihak yang terlibat dalam perancangan dan pembinaan masjid dan pusat ilmu ini dapat membantu memudahkan cara dalam apa jua usaha kelulusan, pembinaan dan sebagainya. Semoga dengan jasa baik yang telah kita usahakan akan mendapat ganjaran pahala yang paling besar dari Allah Subhanahu Wata’ala nanti.

Akhir kalam, Kami bermohon kepada-Mu YA ALLAH semoga mendapat rahmat bimbingan dan keberkatan dari Mu jua. Amin, Ya Rabul Alamin.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 

.................................................................................................................................

YM TOK MUDA TENGKU DATO’ABDUL MANAN BIN TENGKU TEMENGGONG HAJI ABDUL AZIZ, DIMP, SAP.

Penaung/Penasihat

 

ii

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

 

 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

 

Segala puji-pujian bagi Allah Subhanahu Wata’ala, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam dan keluarga serta para sahabat baginda, seterusnya ke atas sekalian tabi’in dan ulama sepanjang zaman.

 

Kami merafakkan setinggi kesyukuran dan penuh kepujian kepada Allah Subhanahu Wata’ala, dengan nikmat, rahmat dan izin-Nya, kerana telah mengizinkan kami untuk merancang dan berusaha pembinaan pembangunan Masjid Dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran ini.

 

Sejarah telah mencatatkan bahawa sebaik sampai di Madinah, Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam telah membangunkan sebuah masjid. Baginda memakmurkan masjid dengan pengajaran dan pembelajaran ilmu-ilmu Islam. Masjid Al-Nabawi yang terletak di Madinah Al-Munawwarah merupakan masjid yang pertama menjadi institusi Pendidikan Islam. Di dalam zaman kecemerlangan Islam, masjid terus menjadi pusat pengajian ilmu-ilmu Islam dan pendidikan Islam. Oleh sebab itu, institusi masjid merupakan institusi penting dalam perkembangan agama Islam di dunia ini untuk melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu, berjiwa murni dan berakhlak mulia serta untuk kehidupan di akhirat yang kekal selamanya.

 

Menyedari hakikat kepentingan insititusi masjid sebagai tempat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu, berjiwa murni dan berakhlak mulia maka kami mencadangkan pembinaan Masjid Masjid Dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran ini.

 

Kepesatan pembangunan serta penambahan penduduk di kawasan ini  telah menyebabkan penambahan yang ketara bilangan jemaah terutamanya pada hari Jumaat. Masjid-masjid yang sedia ada di kampung berhampiran juga tidak mampu lagi untuk menampung penambahan bilangan penduduk dan jemaah terutamanya dimusim perayaan.

 

Disamping itu, kita berharap masjid ini juga dapat membantu dan memperlengkap usaha-usaha kita kearah membangunkan taraf ekonomi, taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi dengan mempelbagaikan aktiviti sebagai pusat pembangunan ekonomi, perkembangan ilmu, pembangunan sosiobudaya, seni untuk kecemerlangan ummah.

 

Diharap dengan terbinanya masjid dan pusat ilmu di Kampung Chawas, Tanah Merah, Kelantan ini, ianya dapat mempertingkatkan dan memperkasakan lagi kecemerlangan ilmu-ilmu Islam yang terkandung dalam Al-Quran dan hadis dan seterusnya meningkatkan lagi amalan beragama dikalangan masyarakat Islam di bumi bertuah Negeri Kelantan dan Malaysia amnya.

 

Semoga niat suci dan usaha kita semua diberkati, dirahmati dan dimakbulkan pelaksanaannya oleh Allah Subhanahu Wata’ala dan dipermudahkan segalan urusan perancangan, pelaksanaan, kelulusan, kewangan dan sebagainya untuk kemajuan, kejayaan dan kebahagian di dunia dan di akhirat.

 

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, dengan segala rendah diri kami memohon dariMu agar Engkau kurniakan kepada kami dan hamba-hambaMu dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjukMu, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami rancangkan ini mendapat kejayaan serta mendapat keredaan dan restuMu dunia dan akhirat.

 

............................................................................................
MUHAMMAD KUSHAIRI BIN HAJI ABDUL GHANI
Pengerusi

iii

 

 

ISI KANDUNGAN

 

 

 

 

 

Kertas Kerja ini mengandungi beberapa fasa kerja dan pembangunan:-

 

FASA

PERKARA

MUKA SURAT

 

Khutbah Terkahir Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam

i

 

Kata-Kata Aluan Penaung/Penasihat

ii

 

Kata-Kata Aluan Pengerusi

iii

 

Isi Kandungan

iv

 

Senarai Jawatankuasa Penaja Pembinaan

v

 

Senarai Lampiran

vi

 

Fasa 1

Pengambilan Balik Tanah seluas 4.4 ekar di sebahagian Lot 1649 GM 1515 Kampung Chawas, Mukim Pasir Ganda, 17500 Tanah Merah, Kelantan Darul Naim

 

 

   Ringkasan Eksekutif

1

 

1.1    Tujuan Laporan

2

 

1.2       Cadangan Pengambilan

2

 

1.3        Lokasi Hartanah

3

 

1.4          Lokasi Tapak Cadangan Masjid dan Pusat Pengajian Ilmu-               Ilmu Al-Quran

3

 

1.5        Pembangunan Sekitar

3

 

1.6        Keterangan Hartanah

4

 

1.7        Kemudahan Asas

4

 

1.8       Butiran Hamilik

5

 

Fasa 2

Pembinaan Masjid

 

 

2.1        Objektif

6

 

2.2        Latarbelakang

6

 

2.3        Konsep Masjid dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran

7

 

2.4        Pembinaan Masjid dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran

10

 

2.5        Sumber pembiayaan masjid

10

 

2.6        Penutup

12

 

 

 

 

Fasa 3

Pembinaan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran

 

 

 

 

 

Fasa 4

Penyerahan Masjid & Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran kepada Majlis Agama Islam Negeri Kelantan dan seterusnya kepada Jawatan Kuasa Masjid

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

iv

 

 

SENARAI AHLI JAWATANKUASA (PENAJA) PEMBANGUNAN MASJID DAN PUSAT PENGAJIAN ILMU-ILMU AL-QURAN




 

 

PENAUNG/PENASIHAT

YANG MULIA TOK MUDA DATO’ TENGKU ABDUL MANAN BIN TENGKU TEMENGGONG HAJI ABDUL AZIZ, 

SAP, DIMP

Kampung Chawas, 17500 Tanah Merah, Kelantan

 

 PENGERUSI

YANG BERUSAHA MUHAMMAD KUSHAIRI BIN HAJI ABDUL GHANI

Lot 4894, Kampung Chawas,  17500 Tanah Merah, Kelantan.

email: kushairi.ghani@gmail.com

 

 

SETIAUSAHA

YANG BERUSAHA USTAZ ADNAN BIN HAJI KASSIM

Lot 1651, Kampung Chawas, 17500 Tanah Merah, Kelantan

HP: 019-910 0508

email: adne.mk@gmail.com

 

 

BENDAHARI

YANG BERUSAHA SR. ABDULLAH BIN AHMAD

Jurukur Abdullah (Membership No: 379)

Lot 4881 Kampung Chawas, 17500 Tanah Merah, Kelantan

email: jurukur_abdullah@yahoo.com.my

 

 

PENGARAH PROJEK

YANG BERUSAHA AR. WAN MUHAMMAD ZAILANI WAN ARIFFIN

Architect WANz DESIGN

Lot 709, Lorong Satu, Manal Setia (1), 17500 Tanah Merah, Kelantan

email: wanmuhamadzailani@gmail.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

v

 

 

SENARAI LAMPIRAN

 

 

 

 

Lampiran A

Pelan Lokasi

 

Lampiran B

Pelan Tapak

 

Lampiran C

Gambar-Gambar Hartanah

 

Lampiran D

Gambar Kedudukan Tapak Cadangan dari Google Earth

 

Lampiran E

Carian Hakmilik

Borang 3 (1) (B)

 

Lampiran F

Pelan Susun Atur Tapak

 

Lampiran G

Perspektif Pelan Cadangan Rekabentuk dan Lukisan Arkitek Bangunan Masjid

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

vi

 

 

 

 

 

 

FASA 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 



 

 

RINGKASAN EKSEKUTIF

 

 

 

      Rujukan Kami                         :     MuhammadV/060812/mkg

 

 

      No. Lot dan Hakmilik              :     Sebahagian dari Lot 1649 No. Hakmilik.      

                                                            GM 1515, Mukim Pasir Ganda dan Jajahan Tanah Merah, Negeri Kelantan

 

 

Lokasi                                      :     Kampung Chawas, 17500 Tanah Merah      

                                                      Kelantan

 

 

Keluasan Hakmilik                  :     3.837 Hektar. ( 9.5 Ekar)

 

 

Keluasan Tanah Diambil        :     1.76 Hektar. (4.4 Ekar)

 

 

Taraf Pegangan                      :     Kekal

 

 

Kategori Kegunaan                 :     Tiada.

 

 

Tujuan Pengambilan               :     Untuk Membina Masjid Dan Pusat  Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran.

 

 

Anggaran Dan Kos                 :     Sila rujuk jadual seperti di bawah;

 

Bil.

Perkara

(RM)

1.

Anggaran nilai bahagian tanah diambil

      440,000.00

2.

Pembinaan Masjid, Kompleks Pentadbiran dan Perniagaan

3,000,000.00

   3.

Pembinaan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran.

 

        1,000,000.00

4.

Konsultans

500,000.00

Jumlah Keseluruhan

4,940,000.00

                                                                                                     

                                                                                                                 

RINGKASAN EKSEKUTIF INI HENDAKLAH DIBACA BERSAMA DENGAN LAPORAN PENUH CADANGAN PEMBINAAN MASJID & PUSAT PENGAJIAN ILMU-ILMU AL-QURAN YANG DISERTAKAN.

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


1

 

 

LAPORAN CADANGAN PENGAMBILAN TANAH

DI ATAS SEBAHAGIAN DARI LOT 1649, NO. HAKMILIK GM 1515

MUKIM PASIR GANDA DAERAH TANAH MERAH

NEGERI KELANTAN DARULNAIM

 

 

 

1.1       Tujuan Laporan

                                                 

Laporan ini disediakan oleh pihak Ahli Jawatan Kuasa (Penaja) Pembinaan Masjid dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran untuk menerangkan maklumat hartanah terlibat bagi maksud cadangan pengambilan dibawah Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (dibuat dibawah perenggan 3(1)(b) untuk tujuan awam).

 

Laporan ini akan menerangkan mengenai pemilihan tapak, membuat semakan hakmilik di Pejabat Tanah & Daerah Tanah Merah, urusan pelan tapak di Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Kota Bahru, proses pengambilan balik tanah oleh pihak berkuasa negeri, Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) dan Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Jabatan Agama Islam dalam menjalankan segala siasatan yang diperlukan dan seterusnya proses penentuan nilai pasaran hartanah tersebut oleh pihak Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH).

 

Laporan ini juga akan dipersembahkan kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Kelantan untuk perkenan baginda.

 

Laporan ini hanya boleh digunakan untuk maksud di atas sahaja dan ianya tidak boleh digunakan untuk maksud-maksud lain tanpa kebenaran bertulis daripada kami.

 

1.2       Cadangan Pengambilan

 

Untuk Pembinaan Masjid dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran ini, setelah perkara-perkara yang diperuntukan dalam Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 telah dilengkapi dan Pihak Berkuasa Negeri berpuas hati dan bersetuju pengambilan tanah untuk tujuan awam, maka untuk pengisytiharan pengambilan balik tanah hendaklah dibuat oleh Kerajaan melalui Warta Kerajaan Negeri Kelantan.

“Untuk Tujuan Masjid Dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran”.

 

 

 

 

2

 

1.3       Lokasi Hartanah

 

Sebahagian dari Lot 1649 No. Hakmilik GM 1515, Mukim Pasir Ganda dan Daerah Tanah Merah, Negeri Kelantan (selepas ini dikenali sebagai 'hartanah terlibat') terletak lebih kurang 7 kilometer ke Timur Bandar Tanah Merah dan lebih kurang 3 kilometer Simpang Tiga, Banggol (TNB).

 

            Laluan ke hartanah terlibat dari Bandar Tanah Merah adalah melalui Jalan Tanah Merah-Rantau Panjang (melalui Alor Pasir).

 

                        Hartanah terlibat terletak berhampiran sebuah surau yang sudah tidak dapat menampung solat jemaah yang ramai, yang akan dinaikkan taraf menjadi sebahagian masjid selepas ini.

 

                        Pelan Lokasi menunjukkan kedudukan hartanah terlibat disertakan sebagai Lampiran ’A’ sebagai rujukan.

 

1.4       Lokasi Tapak Cadangan Masjid dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran

 

Cadangan keluasan tanah yang terlibat untuk pengambilan adalah seluas 4.4  ekar. Pelan Tapak menunjukkan kedudukan hartanah terlibat disertakan sebagai Lampiran ’B’ sebagai rujukan.

 

1.5       Pembangunan Sekitar          

 

Pembangunan di sekeliling hartanah terlibat adalah pembangunan bercampur yang terdiri daripada rumah-rumah kampung, bangunan kedai dan taman perumahan. Sekolah Menengah Agama Arab terletak kira-kira 1.5 kilometer ke utara hartanah terlibat.

 

Kawasan perumahan terdekat ialah taman-taman yang terletak lebih kurang 700 meter ke selatan dari hartanah terlibat. Taman ini dibangunkan dengan kediaman jenis rumah teres, rumah berkembar dan rumah kedai.

 

Bersama-sama laporan cadangan ini disertakan gambar-gambar hartanah terlibat seperti di ’Lampiran C’ sebagai rujukan.

 

 

 

 

3

 

 

1.6       Keterangan Hartanah        

 

Hartanah terlibat merupakan sebidang tanah berbentuk empat segi yang terletak di Kampung Chawas.

 

Keluasan keseluruhan hakmilik hartanah terlibat mengikut hakmilik adalah seluas 9.5 ekar dan mengandungi beberapa rumah kampung diatas tetapi tanah yang dicadangkan untuk tapak masjid ini ialah tanah kosong dan tidak akan melibat rumah orang kampung.

 

Secara umumnya, rupabumi hartanah terlibat adalah rata, tetapi pada musim banjir tanah ini mudah ditenggelami air disebabkan oleh limpahan alur sawah yang terletak di utara tanah tersebut.


Pada masa lawat periksa dilakukan, kami dapati hartanah terlibat ditumbuhi semak dan pokok liar.

 

Sila rujuk gambar kedudukan tapak cadangan dari Google Earth di Lampiran ’D’.

 

 

1.7       Kemudahan Asas                 

 

Kemudahan asas seperti bekalan air, telefon, elektrik, pengangkutan awam dan kemudahan asas lain terdapat di kawasan ini. Kawasan di mana hartanah terlibat terletak  adalah di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tanah Merah. Kemudahan Pengangkutan awam seperti bas dan teksi terdapat di sepanjang Jalan Tanah Merah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4

 

1.8       Butiran Hakmilik Tanah                                                       

Semakan hakmilik telah dilakukan di Pejabat Tanah Dan Daerah Tanah Merah, Kelantan pada 27 Januari 2013 dan butiran terperinci hakmilik adalah seperti berikut:-

 

 

No. Lot

Lot 1649 Mukim Pasir Ganda dan Daerah Tanah Merah, Negeri Kelantan Darul Naim

No. Hakmilik                                         :

GM 1515

Luas Tanah                                           :

9.5 Ekar

Luas Tanah Di ambil                           :

4.4 Ekar

Cukai Tanah                                         :

RM47.00

Pegangan                                             :

Kekal

Kategori Kegunaan Tanah                   :

Tiada

Sekatan Kepentingan                           :

Tiada

Kawasan Rizab                                    :

Di dalam kawasan Rizab Melayu

 

 

 

 

Salinan dokumen “Carian Hakmilik tanah” disertakan bersama laporan ini sebagai Lampiran ’E’ untuk semakan lanjut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FASA 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FASA 2

 

 

PEMBINAAN MASJID

 

 

 

2.1       Objektif

 

Objektif utama kertas cadangan ini adalah untuk memohon kebenaran merancang untuk mendirikan sebuah masjid di sebuah kawasan seluas 4.4 ekar yang akan diambil melalui pengambilan balik tanah oleh Pihak Berkuasa Negeri melalui inisiatif oleh Jawatan Kuasa (Penaja) Pembinaan Masjid dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran.

2.2       Latarbelakang

 

Kedudukan Kampung Chawas yang terletak lebih kurang 5 km daripada Masjid Bukit Gading dan 4 km dari Masjid Padang Siam dan 7 kilometer dari Masjid Sultan Ismail Petra Tanah Merah, dan dengan jumlah penduduk di Kampung Chawas dan kawasan sekitarnya dianggarkan seramai lebih kurang 3,000 orang mewajarkan sebuah masjid didirikan bagi kemudahan penduduk setempat. Jumlah jemaah di setiap masjid dan surau akan bertambah berlipat kali ganda pada setiap musim musim perayaan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

 

Pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran telah bermesyuarat pada 16hb November 2012 dan bersetuju untuk menyerahkan Laporan Cadangan Pengambilan Balik Tanah serta Pembinaan masjid ini kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan dan tindakan selanjutnya.

 

Pihak Jawatankuasa Pembinaan Masjid ini terdiri dari kalangan professional yang berasal dari kampung ini yang telah menyediakan pelan cadangan ini untuk dibentangkan kepada Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri.

 

 

 

 

 

 

 

6

 

2.3       Konsep Masjid dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran

 

Dengan adanya pelan kerja-kerja ukur tanah ini maka pihak Jawatankuasa Teknikal telah mengadakan beberapa siri mesyuarat/perbincangan dan akhirnya berjaya menyiapkan konsep reka bentuk Masjid dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa (Penaja) Pembinaan Masjid.

 

Masjid dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran ini mempunyai 2 komponen utama iaitu :-

                      i.        Kompleks Masjid Utama

                     ii.        Pusat perniagaan, pentadbiran dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran

Masjid yang dicadangkan ini bakal dijadikan sebagai Pusat Aktiviti Sosial bagi menampung keperluan penduduk seperti:-

                      i.        Kompleks pentadbiran dan pusat perniagaan

                     ii.        Pusat Tahfiz Al Quran lengkap dengan Asrama penginapan pelajar

                    iii.        Majlis Perkahwinan

                   iv.        Urusan Pengurusan Jenazah

Pelan susun atur tapak adalah seperti yang ditunjukkan Lampiran ‘F’.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

7

Pada amnya komponen kompleks binaan Kompleks Masjid dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran adalah seperti berikut:-

 

A.   Kompleks Masjid Utama

                              i.        Pejabat (Aras 1)

                             ii.        Bilik Pengurusan Jenazah

                            iii.        Ruang Bacaan / Perpustakaan /Bilik Seminar

                           iv.        Tempat Ibadah korban

                            v.        Dapur/Pantry

                           vi.        Setor

B.    Pusat Komersil dan Perniagaan

C.   Pusat Kecemerlangan Ilmu Al-Munawwarah

                               i.        Kompleks Perumahan Imam Dan Pekerja Masjid, Rumah Warden

                              ii.        Ruang Bacaan / perpustakaan

                             iii.        Asrama – Lelaki

                             iv.        Asrama – Perempuan

                              v.        Dewan Makan/Dapur/Setor

                             vi.        Pusat Tahfiz

                            vii.        Pusat Jagaan Anak Anak Yatim Dan Miskin

Spesifikasi keluasan ruang lantai adalah seperti berikut:-

 

 A

RUANG UTAMA MASJID

Aras

Fungsi

Luas ( m2 )

1

Dewan Solat Utama ( 1250 pac )

Aras Tanah

 

Ruang Solat Utama

 

1,512.00

2

Ruang Solat Luar Kanan

Aras Tanah

 

Ruang Legar / Solat

 

432.00

3

Ruang Solat Luar Kiri

Aras Tanah

 

Ruang Legar / Solat

 

432.00

4

Laluan Belakang Kanan

Aras Tanah

 

Ruang Legar

 

432.00

5

Laluan Belakang Kiri

Aras Tanah

 

Ruang Legar

 

432.00

6

Laluan Masuk Belakang

Aras Tanah

 

Ruang Legar

 

360.00

7

Ruang Wuduk Utama Muslim

Aras Tanah

 

Ruang Wuduk + Kolah

 

288.00

8

 

Ruang Wuduk Utama Muslimah

Aras Tanah

 

 

Ruang Wuduk + Kolah

 

288.00

Jumlah GFA ( Gross Floor Area )

ARAS TANAH

 

4,176.00

1

Dewan Solat Atas Kanan

Aras Satu

 

Ruang Solat Tambahan

 

432.00

2

Dewan Solat Atas Kiri

Aras Satu

 

Ruang Solat Tambahan

 

432.00

3

Dewan Solat Atas Belakang

Aras Satu

 

Ruang Solat Tambahan

 

216.00

4

Pejabat Pentadbiran Atas

Aras Satu

 

Ruang Solat Tambahan

 

144.00

5

Bilik Mesyuarat / Seminar

Aras Satu

 

Ruang Solat Tambahan

 

144.00

Jumlah GFA ( Gross Floor Area )

ARAS SATU

 

1,368.00

6

Menara Masjid Utama A + B

Aras Bumbung

Menara Azan

80.00

7

Bilik Tangki Air Dalaman A + B

Aras Bumbung

Ruang Servis / M&E

200.00

Jumlah Keseluruhan GFA

ARAS TANAH + ARAS SATU + SERVIS

( Termasuk 40% Bagi Laluan Servis Dan Laluan Pengguna Utama )

 

5,824.00

 

B

KOMPONEN UTAMA LAIN-LAIN

Aras

Fungsi

Luas ( m2 )

1

Kedai Perniagaan No - 01

Aras Tanah

Kedai Niaga 20’ X 70’

130.00

2

Kedai Perniagaan No – 02

Aras Tanah

Kedai Niaga 20’ X 70’

130.00

3

Kedai Perniagaan No – 03

Aras Tanah

Kedai Niaga 20’ X 70’

130.00

4

Kedai Perniagaan No – 04

Aras Tanah

Kedai Niaga 20’ X 70’

130.00

5

Kedai Perniagaan Kecil No – 05

Aras Tanah

Kedai Niaga 20’ X 35’

65.00

6

Kedai Perniagaan Kecil No – 06

Aras Tanah

Kedai Niaga 20’ X 35’

65.00

7

Kedai Perniagaan Kecil No – 07

Aras Tanah

Kedai Niaga 20’ X 35’

65.00

8

Kedai Perniagaan Kecil No – 08

Aras Tanah

Kedai Niaga 20’ X 35’

65.00

9

Kedai Perniagaan No – 09

Aras Tanah

Kedai Niaga 20’ X 70’

130.00

10

Tandas Muslim Utama

Aras Tanah

Tandas + Bilik Mandi

150.00

11

Tandas Muslimah Utama

Aras Tanah

Tandas + Bilik Mandi

150.00

Jumlah GFA ( Gross Floor Area )

ARAS TANAH

 

1,210.00

1

Kedai Pejabat No – 01

Aras Satu

Kedai Pejabat 20’ X 70’

130.00

2

Kedai Pejabat No – 02

Aras Satu

Kedai Pejabat 20’ X 70’

130.00

3

Kedai Pejabat No – 03

Aras Satu

Kedai Pejabat 20’ X 70’

130.00

4

Kedai Pejabat No – 04

Aras Satu

Kedai Pejabat 20’ X 70’

130.00

5

Kedai Pejabat No – 05

Aras Satu

Kedai Pejabat 20’ X 70’

130.00

6

Kedai Pejabat No – 06

Aras Satu

Kedai Pejabat 20’ X 70’

130.00

7

Kedai Pejabat No – 07

Aras Satu

Kedai Pejabat 20’ X 70’

130.00

Jumlah GFA ( Gross Floor Area )

ARAS SATU

 

910.00

8

Bilik Tangki Air Dalaman A + B

Aras Bumbung

Ruang Servis / M&E

200.00

9

Menara Wuduk Luaran A + B

Aras Tanah

Wuduk

80.00

10

Wakaf A + B + C + D + E & F

Aras Tanah

6 nos - Wakaf 4m X 4m

96.00

Jumlah Keseluruhan GFA

ARAS TANAH + ARAS SATU + SERVIS

( Termasuk 25% Bagi Laluan Servis Dan Laluan Pengguna Utama )

 

2,496.00

9

Sila rujuk perspektif pelan Rekabentuk dan Lukisan Arkitek Bangunan Masjid seperti di Lampiran ‘G’.

2.4        Pembinaan Masjid Dan Pusat Pengajian Ilmu Al-Quran

Jawatankuasa Pembinaan Masjid dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran telah bersetuju sebulat suara untuk membina sebuah masjid kekal di atas tanah tersebut.

Pembinaan masjid akan dibuat bersebelahan dengan surau sedia ada.

Dengan keluasan tanah seluas 4.4 ekar, dan keluasan kawasan binaan keseluruhan adalah seluas 8,320 meter persegi (89,548 kaki persegi).

Kapasiti Masjid baru ini dijangka dapat memuatkan bilangan jemaah seramai 1,200 orang pada satu-satu masa.   

 

Pembinaan Masjid akan dijalankan dalam 3 FASA iaitu;

Fasa 1: Pengambilan balik tanah melalui Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (dibuat dibawah perenggan 3(1)(b) untuk tujuan awam).

Fasa 2: Pembinaan Kompleks Masjid Utama

Fasa 3: Pembinaan Pusat Pengajian Ilmu-Al-Quran

 

2.5        Sumber Pembiayaan Masjid

Penderma Utama akan diberikan keutamaan untuk merasmikan masjid ini kelak.

Membuat pinjaman (Qardhul Hassan) bagi tujuan pengambilan balik tanah dan untuk tujuan pembinaan ini yang harus dilunaskan oleh AJK Pembinaan dalam tempoh yang telah dipersetujui selepas penyerahan dibuat.

Jawatankuasa Pembinaan Masjid mensasarkan kutipan dana sebanyak RM 5 juta bagi melunaskan Qardhul Hassan dan selebihnya bagi menampung kos-kos infrastruktur tambahan bagi fasa pembangunan berikutnya.

 

 

 

10

2.5.1      Kaedah Kutipan Dana

AJK pembinaan telah memutuskan kutipan dana boleh dilaksanakan melalui kaedah-kaedah berikut:-

                       i.        Jualan tanah wakaf bernilai RM50 sekaki persegi.

                      ii.        Jualan Kupon bernilai RM5, RM10, RM50, RM100.

                     iii.        Edaran Tabung di lokasi-lokasi strategik seperti kompleks niaga, restoran dan kedai.

                     iv.        Permohonan rasmi kepada orang perseorangan, ahli perniagaan, usahawan, syarikat-syarikat perniagaan, dermawan (dalam dan luar negara), orang-orang kaya, GLC, institusi, pemimpin masyarakat , menteri, majlis agama dan lain-lain lagi.

                      v.        Sumbangan melalui komitmen ahli kariah secara kutipan bulanan dalam jangkamasa ditetapkan.

                     vi.        Jualan amal dan anjuran makan/kenduri.

                    vii.        Sumbangan bergerak ke pasar-pasar malam atau lokasi tumpuan masyarakat, program @ Majlis orang ramai.

                   viii.        Kutipan sumbangan melalui website.

Promosi akan dirancang melalui beberapa kaedah;

                       i.        Notis di surau dan masjid-masjid berhampiran

                      ii.        Edaran risalah ke rumah-rumah dan kedai berhampiran.

                     iii.        Khidmat SMS

                     iv.        Laman Web dan E-Mail

                      v.        Banner, banting dan poster

                     vi.        Unit tabung bergerak (Pengutip derma bergerak)

Selain daripada itu beberapa nama lain pihak penderma yang berpotensi untuk membiayai sebahagian kos pembinaan telah dikemukakan kepada Jawatankuasa untuk tindakan selanjutnya sekiranya cadangan pembinaan Masjid ini mendapat kelulusan daripada Majlis Agama Islam Kelantan dan Jabatan Agama Islam Kelantan.

11

2.6        Penutup

Adalah menjadi harapan kami agar niat suci kami untuk mendirikan sebuah Masjid dikampung ini akan mendapat sokongan dan kelulusan daripada semua pihak. Pengambilan balik tanah melalui Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (dibuat dibawah perenggan 3(1)(b) untuk tujuan awam) dan cadangan pembinaan masjid ini diharap dapat menyatukan seluruh masyarakat Islam untuk bersatu demi kemajuan di dunia dan akhirat.

Dengan terbinanya masjid ini kelak, diharap ianya akan dapat dimanfaat dengan pelbagai majlis ilmu yang dapat mendidik generasi muda, remaja dan kanak-kanak agar pembangunan rohani mereka seimbang dengan pembangunan fizikal. Kewujudan Masjid ini inshaAllah akan dapat meningkatkan syiar Islam dikawasan ini dan menambah minat penduduk setempat untuk bersama-sama menyertai  mengimarahkan program-program masjid.

 

Akhir kata sama-samalah kita berdoa kepada Allah Subhanahu Wata’ala agar kita diberi kekuatan didalam usaha mendirikan Masjid ini serta dipermudahkan segala urusan baik dari segi urusan kelulusan pihak berkuasa, kewangan, pembinaan, kerjasama yang erat dari semua pihak.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

12

 

الح مْ دُ لله حمَ دً ا كَ ثِ يرًا كَ مَ ا أَمَ ر، أَشْ هَ دُ أَن لا إ لَه إِلا الله وَحْ دَ ه لا شَ رِيكَ لَه، و أَشْ هَ دُ أَنَّ سَ يِّدَ نَا مُح مَّ دً ا

عَ بدُ الله و رَسُ و لُه. ال لَّهُ مَّ صَ لِّ وس لِّمْ و بَا رِكْ عَ لَى سَ يِّدِ نَا وَحَ بِ ي بِ نَا و قُدْ و ت نَا، مُح مَّ دٍ وعَ لَى آ لِهِ و أَصْ حَ ا بِهِ

أَجمْ ع ين.

أَمَّ ا ب عَْ د؛ ف  يَا عِ بَادَ الله! ات قُ وا الله، أُوصِ يكُ م و إِ يَّايَ بِت قْ وَى الله، ف قَ دْ فَازَ مَنِ ات قَ ى.

إِنَّ الله ومَ لا ئِكَ تَه يُصَ لُّونَ ع لَى ال نَّبِيّ ، يَآ أَي هَُّ ا ا لَّذِ ينَ آمَ نُوا صَ لُّوا عَ لَ يهِ وسَ لِّمُ وا تَسْ لِيمً ا، ال لَّهُ مَّ صَ لِّ عَ لَى

سَ يِّدِ نَا مُح مَّ دٍ وعَ لى آلِ سَ يِّدِ نَا مُحَمَّدٍ ، كَ مَ ا صَ لَّ يتَ عَ لَى سَيِّدِنَا إِب  رَاهِ يمَ وعَ لَى آلِ سَيِّدِنَا إِب  رَاهِ يمَ ،

و بَا رِكْ عَ لَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وعَ لَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَ مَ ا بَا رَكْ تَ عَ لَى سَيِّدِنَا إِب  رَاهِ يمَ وعَ لَى آلِ سَيِّدِنَا

إِب  رَاهِ يمَ ، فِي ا لْعَ ا لَمِ ينَ إِ نَّكَ حمَِ يدٌ مَجِ يدٌ .

اللَّهُمَّ اغْ فِ رْ لِ لمُ سْ لِمِ ينَ وا لْمُ سْ لِمَ ات، وا لْمُ ؤمِ نِين وا لْمُ ؤمِ نَات، الأ حْ يَاءِ مِ نْ هُ مْ والأ مْ وَات، إِنكَ سمَِ يعٌ قَ رِيبٌ

مُجِ يبُ الدَ عَ وَات، و يَا قَاضِ يَ الحْ اجَ ات.

 

Ya Allah ya Tuhan Kami;

Ampunkanlah dosa dan kesalahan kami semua kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan

mukminat sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Ya Allah!

Ampunkanlah secara khusus dosa-dosa dan kesalahan dua ibubapa kami, limpahkanlah segala kesejahteraan, segala kedamaian, segala kebahagiaan kepada mereka dalam kehidupan di dunia ini lebih-lebih lagi di hari akhirat kelak.

 

Ya Allah ya Tuhan Kami;

Berikanlah taufiq dan hidayahMu kepada kami semua, kepada pemimpin-pemimpin Islam Negara kami, khususnya Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Malaysia dan juga pemimpin-pemimpin Islam Negeri kami khususnya KDYMM Sultan Muhammad Ke-5, Al Sultan Kelantan dan keluarga baginda.

 

Ya Allah, Ya dzal jalali wal ikram;

Tunaikanlah hasrat dan hajat kami untuk menjadi insan yang cemerlang dan berkesan, berikanlah kami hidayah, kekuatan, kesihatan, ketaatan yang tidak berbelah bagi kepadaMu. Pemudahkanlah segala urusan kami, limpahkanlah kami rezeki yang engkau redhai. Limpahkanlah juga segala kedamaian, keamanan, keharmonian, kemakmuran dan rahmatMu kepada negeri dan Negara kami ini secara khususnya, dan juga kepada semua Negara umat Islam di seluruh dunia secara amnya.

 

Ya Allah! Semoga umat Islam semuanya, dari utara hingga ke selatan, dari timur hingga ke barat dapat menjadi hamba yang sentiasa mendapat keampunan dan seterusnya mendapat kejayaan hakiki di dunia ini, apatah lagi pada kehidupan di akhirat yang kekal abadi.

 

Amin, ya Rabbal Alamin.

عِ بَادَ الله ! إِنَّ الله يَ أْمُ رُكُ مْ بِا لْعَ دْ لِ والإِ حْ سَ انِ ، و إِي تَاءِ ذِ ي ا لْقُ ربَى وي نَْ هَ ى عَ نِ ا لْفَ حْ شَ اءِ وا لْمُ نكَ رِ وا لْب غْ ي،

يَع ظ كُ م بِهِ لَعَ لَّكُ مْ تَ ذَكَّ رُون، فَا ذكُْ رُوا الله يَ ذْكُ ركُ مْ واشْ كُ رُوه ع لَى نِعَ مِ هِ ي زِ دْكُ م، واسْ ئ  لُوه مِ ن فَضْ لِهِ

ي عُْ طِ كُ م، و لَ ذِكْ رُ الله أَكْ بَر ، والله ي عَْ لَمُ مَ ا تَصْ ن ع ون. أَ قِمِ الصَّ لا ة

 

 

 

 

 

 

 

FASA 3

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FASA 3

 

 

Pembinaan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FASA 4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

FASA 4

 

 

Penyerahan Masjid dan Pusat Pengajian Ilmu-Ilmu Al-Quran kepada Majlis Agama Islam Kelantan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN A

 

 

Pelan Lokasi

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN B

 

 

Pelan Tapak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN C

 

 

Gambar-Gambar Hartanah

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN D

 

Gambar kedudukan tapak cadangan dari Google Earth

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN E

 

 

Carian Hakmilik

 

Borang 3 (Kaedah)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Borang 3 (1) (B)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN F

 

 

Pelan Susun Atur Tapak

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN G

 

 

Perspektif Pelan Cadangan Rekabentuk Dan Lukisan Arkitek Bangunan Masjid